Orang melayu kalau cerita bab duit laju je. Lagi-lagi duit mudah. Memang pantang yang amat. Buktinya kau boleh tengok kat dalam kedai nombor ekor 4D berapa ramai melayu yang tikam nombor kat situ. Takpun kau pergi buat survey berapa banyak melayu yang terjebak dengan bisnes MLM. Ni semua gara-gara nak dapatkan duit secara mudah. Konon-kononnya lah.
Sebenarnya tak perlu kau pergi tikam nombor ekor ataupun main bisnes MLM nak dapatkan duit dengan mudah. Aku pun ada cara yang bagus untuk dapatkan duit dengan mudah.
Daripada kau tikam nombor yang terang-terang haram dan join MLM yang income nya pun ikut suam-suam kuku kalau tak dapat cari downline, ada baiknya kau buat cara aku ni kalau nak dapatkan duit dengan mudah. Jangan risau tak perlukan modal walau sesen pun. Cuma kau nak atau tak nak je.
Modal yang perlu kau ada ialah cuma sebuah blog sahaja. Pastu kau letak iklan nuffnang. Pastu tunggu orang klik iklan kau. Sekali klik 25 sen tau. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Itu kau kena paham.
Mudah bukan?
Sekian terima kasih.

No comments:
Post a Comment